SK Nanga Kain
  • Laman Utama
  • Terkini
  • Logo Sekolah
  • Lirik Lagu
  • Lokasi
  • Guru
  • Kakitangan Sokongan
  • Galeri

Terkini : Langkah Pertama 25 Julai 2011

Picture
"A journey of a thousand miles begins with a single step." 
 
Confucius 


Pembinaan portal web SK Nanga Kain telah dimulakan pada 25 Julai 2011. 

Penambahbaikan isi kandungan akan sentiasa dipertingkatkan. 

Teruskan melayari Portal Web SK Nanga Kain. 

Semoga kita bersama mendapat manfaat. 

Terkini : 1 Ogos 2011
Sambutan Bulan Kemerdekaan & Bulan Motivasi UPSR

Picture


Sepanjang Bulan Ogos, warga di SK Nanga Kain akan menyambut Bulan Kemerdekaan yang akan disertai oleh semua warga sekolah serta para pelajar. Beberapa aktiviti yang berbentuk interaktif (dan menyeronokkan!) telah diatur untuk semua pelajar. Nantikan laporan yang akan disediakan selepas majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 9 Ogos 2011, iaitu esok. 

Majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan 2011 juga akan disertai dengan pelancaran Bulan Motivasi UPSR yang mana berbagai aktiviti telah dirancang dan dirangka sepanjang bulan Ogos sehinggalah tarikh sebenar ujian UPSR. Nantikan sahaja perkembangan dari semasa ke semasa perjalanan aktiviti Bulan Motivasi melalui tab yang akan disediakan. 

Picture
Para pelajar bekerjasama menghias dewan serbaguna SK Nanga Kain sempena Majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Bulan Motivasi 2011
Picture
Hasil kerja tangan kreatif para pelajar Tahun 6.
Powered by Create your own unique website with customizable templates.